MB Johor sebak lihat keadaan adik Iman mangsa dera

Onn Hafiz menziarahi adik Iman yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan rakannya di Pasir Gudang.
Onn Hafiz menziarahi adik Iman yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan rakannya di Pasir Gudang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebak melihat keadaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai didera ibu dan rakannya di sebuah rumah di Pasir Gudang pada Jumaat lalu.

Menerusi muat naik di laman Facebook rasminya pada Isnin, Onn Hafiz berkongsi perasaannya ketika menziarahi kanak-kanak lelaki terbabit dikenali sebagai adik Iman di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Luluh hati saya melihat keadaan adik Iman, kanak-kanak yang terlibat dalam kes penderaan baru-baru ini.

"Adik Iman telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail dan sedang menjalani rawatan. Saya dimaklumkan adik Iman akan dijaga oleh datuknya selepas 'discaj' dari hospital nanti," katanya.

Dalam pada itu, Onn Hafiz mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan komuniti setempat yang peka dengan keadaan sekeliling dan terus melaporkan kes penderaan itu.

Onn Hafiz menziarahi adik Iman yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan rakannya di Pasir Gudang.
Onn Hafiz menziarahi adik Iman yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan rakannya di Pasir Gudang.

"Tindakan tegas akan terus diambil kepada sesiapa yang berlaku zalim kepada kanak-kanak.

"Insya-ALLAH, mereka yang telah mendera adik Iman akan didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya," katanya.

Pada Sabtu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu ibu kepada kanak-kanak disyaki menjadi mangsa dera itu telah ditahan reman selama enam hari hingga Khamis depan.

Sementara itu, kenalan ibu mangsa yang juga seorang warga asing pula direman selama tujuh hari hingga Jumaat depan.

Kejadian menimpa kanak-kanak malang itu terbongkar selepas jiran di kawasan perumahan itu menyerbu rumah diduduki dua beranak itu.

Sebelum itu Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail yang turut melawat adik Iman memberitahu kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil.

Tambahnya, kanak-kanak itu juga kelihatan ceria setelah bertemu dengan ahli keluarganya yang lain.

Menurut beliau, antara yang hadir ke hospital bagi menziarahi kanak-kanak tersebut dari Kedah termasuklah bapa, datuk serta bapa saudaranya.

ARTIKEL BERKAITAN : Budak tujuh tahun disyaki mangsa dera ibu bapa

Polis berkas ibu, kenalan wanita disyaki dera kanak-kanak

Budak 7 tahun didera: Jiran sering dengar jeritan, tangisan

Polis berkas ibu, kenalan wanita disyaki dera kanak-kanak

JKM kesan waris kanak-kanak mangsa dera

Budak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!