Ungkapan ini wajar jadi rujukan pemimpin

A
A
A

SHAH ALAM - "Jika kita menjadi pemimpin, jika negeri kita kelaparan, seharusnya kitalah yang pertama lapar...dan jika akhirnya negeri kita makmur, ketahuilah seharusnya kitalah pemimpin yang paling terakhir kenyang,".

Ungkapan tersebut adalah daripada khalifah Islam, Saidina Umar Al-Khattab yang dikongsikan pendakwah muda dari Indonesia, Dennis Lim Setiawan kemudian tular di TikTok.

Terkenal dengan panggilan Ustaz, pendakwah yang juga seorang mualaf itu memberi 'ceramah' ringkas menceritakan bagaimana keperibadian Saidina Umar sebagai pemimpin yang mengangkat darjat rakyat.

Menerusi video berdurasi dua minit itu, Dennis berkata, ungkapan tersebut wajar menjadi rujukan sesiapa sahaja yang bergelar pemimpin.

"Kita ambil pelajaran daripada Saidina Umar Al-Khattab..waktu itu Umar adalah pemimpin tertinggi Amir al-Mukminin..kalau zaman sekarang umpama presiden (Indonesia).

"Didatangi presidennya bawa ole-ole (kuih) minta dicuba. Baru sekali gigit, ditanya (oleh Umar), kuih seenak ini kalau di kota kamu bisa di makan oleh kalangan termasuk yang paling tidak punya wang sekalipun? Maka dijawab, tidak, kuih ini memang mahal hanya untuk orang pertengahan ke atas.

"Maka kata Umar, di mana untamu? bungkus semua bawa pulang..ditanyakan kenapa wahai Amir al-Mukminin, ini kan hanya kuih? maka di jawab lagi oleh Umar; ketahuilah wahai saudaraku, jika kita menjadi pemimpin, jika negeri kita kelaparan, seharusnya kitalah yang paling pertama lapar...dan jika akhirnya negeri kita makmur, ketahuilah seharusnya kitalah pemimpin yang paling terakhir kenyang," katanya memetik video dimuat naik di TikTok yang mendapat lebih 120,000 tontonan.

Menerusi video tersebut juga, Dennis berharap perkongsiannya dapat menjadi pelajaran kepada semua pemimpin.

Artikel Berkaitan:

"Maka, apa khabarnya dengan pemimpin-pemimpin yang masyarakatnya sedang kelaparan, sedangkan perutnya semakin besar kekenyangan dengan harta yang wallahualam ALLAH SWT reda atau tidak

"Semoga kita belajar ini, yang akan jadi pemimpin, amalkan supaya negeri kita makin baik serta dicintai rakyatnya dan penting ALLAH SWT juga reda," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!