Ten Hag cabar Maguire berjuang demi tempatnya
BINTANG sensasi Manchester United, Harry Maguire harus meninggalkan Old Trafford jika dia tidak cukup yakin untuk memperjuangkan kedudukannya dalam kesebelasan utama The Red Devils, kata Pengendalinya, Erik ten Hag.
Sebelum ini beberapa media melaporkan pemain pertahanan itu berada di ambang penyingkiran untuk melengkapkan perpindahan ke West Ham United.
Ten Hag sebelum ini melucutkan jawatan Maguire selaku kapten pasukan bulan lalu selepas pemain berusia 30 tahun itu hanya membuat lapan perlawanan liga musim lalu dengan memberi keutamaan kepada Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof di pertahanan tengah.
Media Britain melaporkan West Ham United telah bersetuju dengan perjanjian bernilai 30 juta pound untuk Maguire, yang menjadi pemain pertahanan paling mahal di dunia apabila Manchester United menandatanganinya dari Leicester City dengan harga 80 juta pound pada 2019.
"Dia perlu berjuang untuk tempatnya dan dia mempunyai kebolehan untuk menjadi bek tengah kelas atas.
“Dia adalah pemain terbaik untuk England dan saya juga menganggap dia akan menjadi yang terbaik untuk kami, tetapi dia perlu membuktikannya.
"Apabila dia tidak cukup yakin untuk masuk dan bertarung, maka dia perlu pergi. Dia perlu membuat keputusan. Tetapi saya gembira dengannya... Anda memerlukan pemain peringkat tinggi yang mungkin tidak bermula, tetapi itu boleh berubah," Ten Hag.
United menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris awal pagi Selasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!