Faiz fokus kekal status elit Bunga Raya 7s di Siri Ragbi Asia

Faiz Samsukhidir (barisan belakang, empat kanan) ketika membimbing Bunga Raya 7s Wanita Siri Ragbi Asia 2021. - FOTO: MRU
Faiz Samsukhidir (barisan belakang, empat kanan) ketika membimbing Bunga Raya 7s Wanita Siri Ragbi Asia 2021. - FOTO: MRU
A
A
A

PENGENDALI baharu skuad ragbi tujuh sebelah wanita negara (7s), Mohd Faiz Samsukhidir tekad mengekalkan status elit Bunga Raya 7s apabila menyingkap cabaran Kejohanan Siri Ragbi Asia 2023.

“Sasaran saya adalah untuk mengekalkan status skuad Bunga Raya 7s dalam Kejohanan Siri Ragbi Asia tahun depan.

“Jadi besar harapan saya supaya semua pemain dapat memberikan persembahan terbaik masing-masing dalam kejohanan kali ini.

“Saya tidak dinafikan tempoh persediaan agak singkat, namun ini satu cabaran kepada skuad Bunga Raya 7s mempamerkan aksi terbaik dalam usaha mengekalkan kedudukan pasukan peringkat tujuh terbaik,” katanya.

Sebelum itu, Mohd Faiz dipertanggungjawabkan mengendalikan Bunga Raya 7s bagi menghadapi Pusingan Pertama Kejohanan Siri Ragbi Asia 2023 di Incheon, Korea Selatan (26 hingga 27 Ogos) diikuti Pusingan Kedua di Bangkok, Thailand (14 hingga 15 Oktober).

Mengenai persediaan Bunga Raya 7s, Mohd Faiz berkata, seramai 16 pemain disenaraikan bagi menggalas cabaran di kejuaraan berprestij Asia tersebut.

“Pemilihan berdasarkan prestasi semasa dipamerkan dalam Kejohanan 7s Kebangsaan sebelum ini.

“Semua pemain telah melaporkan diri di kem kecuali empat pemain Bawah 20 tahun yang dalam persiapan menghadapi Kejohanan Bawah 20 Tahun Asia di Nepal.

Artikel Berkaitan:

“Semua pemain dalam keadaan baik dan menunjukkan satu komitmen yang tinggi bagi bersama pasukan menjayakan program kali ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!