Banjir: Wilayah Timur Rusia diisytihar darurat

Bandar Ussuriysk di timur Rusia yang dilanda banjir. - Foto AFP
Bandar Ussuriysk di timur Rusia yang dilanda banjir. - Foto AFP
A
A
A

VLADIVOSTOK - Gabenor Oleg Kozhemyako pada Selasa mengisytiharkan darurat serantau di wilayah Primorsky di timur Rusia akibat kejadian banjir besar, lapor Xinhua.

"Langkah kecemasan serantau sedang diperkenalkan di Primorye bagi meningkatkan langkah sokongan untuk penduduk yang terjejas akibat banjir," kata gabenor itu dalam mesej video di laman sosialnya.

Banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat akibat Taufan Khanun membawa bencana di Primorye. Beberapa majlis perbandaran di wilayah ini telah mengisytiharkan darurat sejak beberapa hari lalu.

Menurut pusat wilayah Kementerian Pertahanan Awam dan Situasi Kecemasan, jumlah kediaman yang ditenggelami air telah meningkat kepada 4,620 manakala lebih 2,500 individu telah dipindahkan berikutan keadaan yang teruk.

Kozhemyako menekankan bahawa kecemasan serantau memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menguruskan krisis secara berkesan, serta meminta bantuan persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!