Peguam Muhyiddin yakin tiga lagi kes akan digugurkan
KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan bagi pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin tiga lagi pertuduhan kes terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini iaitu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA), akan digugurkan.
Peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ini berkata, mereka yakin tuduhan AMLA itu tidak akan kekal kerana bersifat predikat.
Menurutnya, semua barisan pembelaan berbincang mengenai tiga tuduhan itu secara terperinci dalam masa terdekat.
“Kes itu (AMLA) belum selesai namun empat tuduhan utama (rasuah) telah dibatalkan hari ini,” katanya ketika sidang media di lobi Kompleks Mahkamah di sini pada Selasa selepas mahkamah membenarkan permohonannya Ahli Parlimen Pagoh ini untuk membatalkan empat tuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati, bahawa keempat-empat pertuduhan tersebut adalah cacat, tidak berasas dan kabur.
Dalam pada itu, Hisyam menyifatkan keputusan hakim ini adalah adil kerana pertuduhan rasuah terhadap anak guamnya, tidak mengikut undang-undang selain cacat.
Menurutnya, ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah, malah pihaknya menghujahkan bahawa semua pertuduhan yang dikenakan, tidak menyatakan kesalahan mengikut undang-undang.
“Hakim turut bersetuju dengan hujahan kami yang mengemukakan dua perkara asas iaitu pertama, Bersatu tidak boleh diklasifikasikan sebagai pertubuhan di bawah undang-undang.
“Hujahan kedua ialah, kes rasuah yang dikenakan terhadap anak guam saya, tidak mendedahkan butiran yang diperlukan kami meneruskan pembelaan yang berkesan,” katanya.
Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.
Ekoran kes ini, Muhyiddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, dituduh atas pertuduhan mengikut peruntukan seksyen sama di mahkamah itu.
Pada 13 Mac pula, pemimpin politik ini didakwa atas pertuduhan ketujuh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, selaku Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin didakwa kes rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta
Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ke-7, terima wang haram RM5 juta
Muhyiddin PM kedua selepas Najib diheret ke mahkamah
Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama
4 kes salah guna kuasa terhadap Muhyiddin wajar diketepikan - Peguam
Muhyiddin dibenar guna ikat jamin RM2 juta di Mahkamah KL
[VIDEO] Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta
'Sejak awal lagi pertuduhan bermotifkan politik' - Muhyiddin
AGC akan failkan rayuan berhubung pembebasan Muhyiddin petang ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!