Saya tak kecewa: Wani Kayrie
MESKIPUN tersingkir dalam pertandingan D'Academy Asia 4 (DAA4), namun penyanyi Wani Kayrie mengakui tidak berasa kecewa.
Memetik laporan mStar Online, Wany bagaimanapun berasa berbangga dengan pencapaiannya.
"Dalam masa sama saya berasa berbangga sebab bagi penyanyi pop macam saya nak tukar rentak dangdut pun tidak mudah.
"Dari situ saya dapat ukur kemampuan diri saya," akuinya.
Sementara itu, antara wakil penyanyi Malaysia lain yang berjaya terdiri daripada Fauziah Gambus, Zam Ryzam dan Tyka Zatyka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!