Sebutan injunksi anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri 4 September

Sulaiman Abdul Rahman, Raghad Kurdi
Sulaiman Abdul Rahman, Raghad Kurdi
A
A
A

KUCHING - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 4 September untuk sebutan permohonan injunksi yang difailkan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu bagi permohonan berkenaan yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.

Mahkamah juga memerintahkan defendan pertama memfailkan dan menyerahkan afidavit balasan selewat-lewatnya pada 25 Ogos.

Terdahulu, semasa prosiding pengurusan kes, peguam Shankar Ram yang mewakili Raghad memohon masa 14 hari untuk memfailkan afidavit atas alasan suami anak guamnya, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud baru sahaja menjalani pembedahan.

Beliau berkata, Raghad menemani Abdul Taib sepenuh masa dan peguamnya kadangkala menghadapi kesukaran untuk menghubunginya kerana beliau berada di hospital di Istanbul, Turkiye.

Sulaiman yang juga pengarah urusan kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad diwakili oleh peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay, manakala Raghad diwakili oleh Alvin Yong dan enam peguam lagi dalam kes berkenaan.

RHB Bank Berhad pula diwakili oleh Tan Kee Heng dan Lesley Ling Lyn

Media sebelum ini melaporkan Sulaiman memohon injunksi berhubung pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

Artikel Berkaitan:

Sulaiman adalah anak lelaki kedua Abdul Taib menerusi perkahwinan pertama beliau dengan Toh Puan Laila Taib, yang meninggal dunia pada 29 April 2009.

Abdul Taib berkahwin dengan Raghad pada 18 Disember 2010. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Anak Taib Mahmud saman ibu tiri

Pengurusan kes permohonan anak YDP Sarawak ditetap 15 Ogos

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!