Senarai Exco dipersembahkan kepada Sultan Kedah Khamis

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Senarai nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah bakal dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Khamis ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, senarai nama-nama tersebut sudahpun ada dan memerlukan perkenan Sultan Kedah sebelum Majlis Angkat Sumpah Exco dilaksanakan pada minggu hadapan.

"Lantikan Exco paling awal, Insya-ALLAH awal minggu depan.

Minggu ini persembahkan senarai, minggu depan majlis angkat sumpah.

Lepas tu kita susun...Insya-ALLAH hari Khamis (sembah nama pada Tuanku Sultan Kedah).

"Senarai nama sudah ada, belum boleh beritahu, kena persembah, Tuanku Sultan Kedah berkenan baru boleh beritahu," katanya pada sidang akhbar selepas Program Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sebuah pasar raya, dekat sini pada Selasa.

Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Program Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sebuah pasar raya, Alor Setar pada Selasa.
Muhammad Sanusi (dua dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Program Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sebuah pasar raya, Alor Setar pada Selasa.

Jelasnya, beliau akui sukar untuk memilih 10 calon Exco tersebut dan perkara ini turut diserahkan kepada kepimpinan parti-parti di dalam Perikatan Nasional untuk sama-sama membuat keputusan.

Artikel Berkaitan:

"10 Exco itu adalah dari 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang, ampa agak sendiri siapa itu, susahkan, saya pun susah nak pilih sebenarnya.

"Ini parti yang buat keputusan, saya terima, tapis sedikit, bagi pandangan saya dan persembahkan kepada Tuanku Sultan.

Selepas itu atas perkenan Tuanku, kalau minta tukar, kita tukar," ujar beliau lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!