Wanita Jerman menyamar pewaris bilionair dihukum penjara
NEW YORK - Mahkamah Agung Manhattan semalam menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang wanita Jerman yang menyamar sebagai pewaris bilionair bertujuan menipu pihak hotel dan bank di New York.
Anna Sorokin yang menyamar sebagai Anna Delvey, seorang pewaris dana bernilai berbilion dolar, didapati bersalah mencuri lebih AS$200,000 (RM829,598) selain pelbagai kesalahan menipu.
Wanita berusia 28 tahun itu dijatuhi hukuman penjara sekurang-sekurangnya empat hingga 12 tahun.
"Saya meminta maaf atas kesilapan yang telah saya dilakukan," kata Sorokin yang menolak perjanjian rayuan.
Sorokin turut diperintahkan membayar denda dan membayar semula amaun yang dicuri selain berdepan deportasi ke negara asal. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!