Tanah runtuh: 19 mayat ditemui di lombong jed di Myanmar

Tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 3 petang waktu tempatan di lombong jed berhampiran Kampung Ma Na di Hpakant, pusat industri jed Myanmar pada Ahad menyebabkan lebih 30 orang hilang. - Foto AFP
Tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 3 petang waktu tempatan di lombong jed berhampiran Kampung Ma Na di Hpakant, pusat industri jed Myanmar pada Ahad menyebabkan lebih 30 orang hilang. - Foto AFP
A
A
A

YANGON - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 19 mayat ditemui sehingga petang Selasa berikutan tanah runtuh di sebuah lombong jed di negeri Kachin, utara Myanmar, kata polis tempatan.

"Sehingga jam 2:30 petang waktu tempatan pada Selasa, sebanyak 19 mayat telah ditemui. Kesemua mangsa adalah lelaki.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan," kata pegawai polis dari balai polis Hpakant, Han Win Hlaing kepada Xinhua pada Selasa.

Tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 3 petang waktu tempatan di lombong jed berhampiran Kampung Ma Na di Hpakant, pusat industri jed Myanmar pada Ahad menyebabkan lebih 30 orang hilang.

Beberapa organisasi penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi itu sejak Isnin, kata seorang penyelamat tempatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!