Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar. - Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar. - Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, seiring dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Ogos 2023 dan Disember 2023 naik 7.0 mata masing-masing kepada 1,458.0 dan 1,4749.5, September 2023 meningkat kepada 6.5 mata kepada 1,448.0, dan Mac 2023 menokok 8.5 mata kepada 1,442.5.

Jumlah dagangan menambah kepada 6,383 lot berbanding 5,219 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 38,783 kontrak daripada 38,168 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI bertambah 3.28 mata kepada 1,460.28 daripada paras penutup 1,457.0 pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!