Salah beri lampu hijau kepada Al Ittihad
BINTANG sensasi Liverpool Mohamed Salah memberi bayangan bersedia menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al Ittihad menurut stesen penyiaran Qatar Alkass.
Laporan Qatar Alkass, penyerang Mesir itu dijangka menyertai The Tigers berpusat di Jeddah yang ditubuhkan pada 1927 tersebut dengan kontrak dua tahun.
“Pemain antarabangsa Mesir Mohamed Salah memberikan lampu hijau kepada Al Ittihad untuk berunding dengan Liverpool.
“Jika Salah boleh menyertai pasukan Al-Ittihad pada jendela perpindahan musim panas,” kata kelab tersebut di laman media sosialnya pada Selasa.
Perkhabaran itu menimbulkan persoalan sama ada perkara tersebut berkait dengan Salah terkilan dengan tindakan pengendali The Reds, Jurgen Klopp sebelum ini.
Sebelum ini, penyerang sensasi The Reds itu digantikan pada minit ke-77 ketika Liverpool seri 1-1 menentang Chelsea di Stamford Bridge dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!