Cheng Hoe gembira konsentrasi, aksi Selangor di Paroi

Harith Haiqal (kanan) bersaing dengan Mahali Jasuli dalam aksi Liga Super, Selangor menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Harith Haiqal (kanan) bersaing dengan Mahali Jasuli dalam aksi Liga Super, Selangor menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
A
A
A

KEJAYAAN Selangor FC menewaskan Negeri Sembilan FC, 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi disifatkan sebagai persembahan terbaik The Red Giants.

Pengendalinya, Tan Cheng Hoe berkata, tiga mata diraih para pemainnya di laman keramat skuad kendalian K Devan itu juga diterjemahkan menerusi penguasaan pasukan pelawat sebahagian besar permainan.

Malah jelas bekas ketua jurulatih, Harimau Malaya itu, para pemain juga mencipta banyak peluang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

"Sejujurnya, ini persembahan terbaik pasukan Selangor dalam perlawanan liga musim ini dari segi konsentrasi dan persembahan.

"Biarpun pada awalnya saya akui terdapat kebimbangan Negeri Sembilan akan memanfaatkan sebaik mungkin peluang set pieces yang mampu menghasilkan gol.

"Saya gembira apabila tumpuan para pemain Selangor tidak terjejas sebaliknya kekal fokus. Ya, bukan satu perlawanan yang mudah berikutan tentangan sengit Negeri Sembilan," katanya selepas perlawanan.

Angkatan Cheng Hoe sebelum itu mengukuhkan kedudukan di kelompok dua terbaik Liga Super selepas membelasah Negeri Sembilan FC, 4-0.

Pasukan pelawat memulakan kempen gol dengan jaringan Richmond Boakye Yiadom pada minit ke-27 untuk memimpin separuh masa pertama.

Artikel Berkaitan:

Separuh masa kedua Selangor yang menggandakan serangan bertali arus ke kawasan kubu skuad Hoben Jang Hoben..

Hasilnya penjaring terbanyak Selangor, Ayron Del Valle tidak ketinggalan melebarkan kedudukan pasukan pelawat dengan gol kedua pada minit ke-59.

Gol itu ternyata memotivasikan jentera serangan Gergasi Merah terus melebarkan jaringan menerusi Yohandry Orozco pada minit ke-75 sebelum Harith Haiqal melengkapkan malam pesta jaringan minit ke-83.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor memperkukuhkan cengkaman kedua terbaik liga dengan 46 mata setelah melakarkan 15 kemenangan, satu seri dan lima tewas selepas mengharungi 21 perlawanan.

Negeri Sembilan pula kekal pada kedudukan sembilan dengan 21 mata selepas meraih empat kemenangan, sembilan seri dan tujuh tewas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!