Ahmad Samsuri mula tugas sebagai MB Terengganu hari ini

Ahmad Samsuri mengetip jari sebelum masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Iman pada Rabu.
Ahmad Samsuri mengetip jari sebelum masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Iman pada Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Beliau mengetip kad perakam waktu pada jam 9.07 pagi tadi di pejabatnya di Wisma Darul Iman pada Rabu.

Ahmad Samsuri memulakan tugas selaku Menteri Besar Terengganu secara rasmi pada Rabu.
Ahmad Samsuri memulakan tugas selaku Menteri Besar Terengganu secara rasmi pada Rabu.

Ahmad Samsuri kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah pada Selasa.

Ahmad Samsuri mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang pada PRN Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

Buat pertama kali dalam sejarah politik baharu, DUN Terengganu tidak mempunyai pembangkang selepas PN berjaya menyapu bersih 32 kerusi pada PRN yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!