Keadaan Nurul Aqilah semakin baik

Keadaan Nurul Aqilah yang semakin baik tetapi masih bergantung kepada ubat-ubatan.
Keadaan Nurul Aqilah yang semakin baik tetapi masih bergantung kepada ubat-ubatan.
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa kemalangan jalan raya yang parah dihempap motosikal dan dirawat lebih dua minggu di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II sudah dibenarkan pulang ke rumah minggu lalu.

Bagaimanapun, Nurul Aqilah Mohd Amin, 23, masih memerlukan penjagaan rapi berikutan tidak boleh bergerak sepenuhnya.

Ibunya, Zuraidah Abd Aziz, 45, berkata, keadaan anaknya kini sudah semakin baik tetapi masih bergantung kepada ubat dan beberapa keperluan khas.

"Setiap bulan Nurul Aqilah memerlukan kira-kira RM1,000 untuk membeli keperluan termasuk ubat cair darah yang berharga lebih RM300 dalam tempoh dua minggu.

"Saya kini hanya memberi perhatian kepada Nurul Aqilah kerana dia tidak boleh banyak bergerak," katanya.

Zuraidah juga memberitahu, perlu berulang-alik ke hospital memenuhi janji temu dengan pakar perubatan untuk mengetahui tahap perkembangan kesihatan Nurul Aqilah.

Media sebelum ini melaporkan seorang pekerja kedai serbaneka terpaksa menjalani enam pembedahan selepas kemalangan pada 18 Jun ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Nurul Aqilah terpaksa menjalani pembedahan memotong sebahagian hati yang rosak selain paru-paru dan limpa yang mengalami masalah sama.

Artikel Berkaitan:

Dalam tempoh rawatan itu, Nurul Aqilah turut menerima 20 pek darah jenis O melalui derma beberapa individu sebagai usaha menyelamatkan nyawanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalani enam pembedahan akibat dihempap motosikal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!