KDEBWM teruskan program CSR, tambah baik pengurusan sisa
SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) menyumbang tong sampah kepada Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.
Syarikat pengendalian sisa pepejal dan pembersihan awam negeri Selangor itu memaklumkan agihan lima unit tong sampah mudah alih (MGB) 660 liter disampaikan KDEBWM cawangan Kuala Langat.
“Semoga sumbangan tong sampah ini dapat menambah baik pengurusan pembuangan sampah domestik di sekitar IKBNKL.
“Diharap orang ramai juga membuang sampah di tempat yang telah disediakan,” ciap KDEBWM dalam satu hantaran di Twitternya pada Selasa.
Sumbangan kemudahan berkenaan disampaikan Ketua Operasi KDEBWM cawangan Hulu Langat, Adzmi Idham Abd Halim kepada Pengarah IKBNL, Dr Puteh Melor Wesma Salehen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!