Pelajar lelaki parah, perut tertusuk buluh

Perut seorang pelajar tingkatan satu tembus dipercayai tertusuk buluh apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar belakang trak pikap muatan bahan tersebut yang diparkir di tepi Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu, Gua Musang pada Selasa.
Perut seorang pelajar tingkatan satu tembus dipercayai tertusuk buluh apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar belakang trak pikap muatan bahan tersebut yang diparkir di tepi Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu, Gua Musang pada Selasa.
A
A
A

GUA MUSANG - Perut seorang pelajar tingkatan satu tembus dipercayai tertusuk buluh apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar belakang trak pikap muatan bahan tersebut yang diparkir di tepi Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara dikatakan mengalami kecederaan parah selepas tertusuk buluh berukuran dua meter sehingga menembusi perutnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan untuk memancing dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu.

"Setiba di lokasi kejadian, mangsa telah terlanggar belakang sebuah trak pikap dengan muatan buluh yang sedang diparkir di tepi jalan.

“Salah satu batang buluh berukuran dua meter telah tertikam menembusi perut pelajar terbabit," katanya semasa dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Choon Foo memberitahu pengguna jalan raya diingatkan supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja-kerja di laluan jalan raya dengan memberi isyarat secukupnya kepada pengguna yang lain.

Artikel Berkaitan:

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 099121222 019-9710976,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!