Daftar pemilih tambahan bulan Mei 2023 dibuka untuk semakan

Semakan daftar pemilih juga boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218 - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ikmalrudin)
Semakan daftar pemilih juga boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218 - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ikmalrudin)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2023 (DPT BLN5/2023) yang telah diperakui pada Selasa dan diwartakan pada Rabu, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 14 September depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia mengandungi 41,289 nama warganegara berumur 18 tahun dalam tempoh 1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

"Selain itu ia turut mengandungi nama 12,183 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,005 pemilih bertukar status atau kategori pengundi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.

Semakan juga katanya, boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.

Sehubungan itu, beliau meminta kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih berkenaan.

Ikmalrudin berkata, individu yang mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN5/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C, manakala mana-mana pemilih berdaftar yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan raya pula boleh mengisi Borang D.

Katanya, Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada https://myspr.spr.gov.my atau hportal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan

Artikel Berkaitan:

Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN5/2023 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!