PLANMalaysia lawat Sinar Harian, dalami platform digital

Lawatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) ke Kompleks Karangkraf pada Rabu.
Lawatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) ke Kompleks Karangkraf pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) mengadakan lawatan ke Kompleks Karangkraf bagi mempelajari dan memperkasa penguasaan media dalam kalangan kakitangannya terutama platform digital.

Pegawai Komunikasi Korporat dan Hubungan Awam PLANMalaysia, Mohd Hazrin Hamzah berkata, penguasaan media amat penting bagi mempertingkat dan memperbaiki fungsi media yang sedia ada di jabatan tersebut.

“Lawatan ke Karangkraf merupakan sebuah program yang kita laksanakan bagi memberi pendedahan kepada staf untuk melihat proses komunikasi media dari segi penerbitan, pengacaraan dan penjenamaan.

“Pihak jabatan sedang mengurangkan kos percetakan dan memberi fokus kepada bahan bacaan digital terutama bagi memperkukuh portal rasmi jabatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Mohd Hazrin, dengan platform alternatif seperti aplikasi Facebook, TikTok dan Instagram mampu lebih mendekatkan diri masyarakat untuk mengetahui hebahan maklumat terbaharu serta produk jabatan.

Beliau berkata, penganjuran kursus tersebut dilihat mampu memberi pendedahan kepada kakitangannya mengenai komunikasi massa yang kini semakin meluas.

Jelasnya, penguasaan platform media pada masa kini memudahkan pihaknya memperjelaskan isu-isu semasa kepada umum.

“Bahan bacaan menerusi platform media digital memberi alternatif kepada pembaca untuk mengetahui tentang produk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dengan lebih mudah serta pantas.

Artikel Berkaitan:

“Kami sedia maklum tentang perubahan trend pembacaan masyarakat hari ini menerusi pelbagai platform,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!