Ribuan penduduk Haiti lari dikepung kumpulan kongsi gelap
PORT-AU-PRINCE - Ribuan penduduk di daerah Haiti melarikan diri daripada keganasan dicetuskan kumpulan kongsi gelap yang menguasai kira-kira 80 peratus Port-au-Prince.
"Kami hidup dalam keadaan yang sukar dan tidak tahu hendak pergi ke mana-mana" kata Elie Derisca, seorang penduduk di daerah Carrefour-Feuilles di selatan Port-au-Prince memberitahu AFP.
Menurut anggaran oleh Jabatan Pelindungan Awam Haiti, sekurang-kurangnya 3,120 orang melarikan diri dan dijangka ramai lagi akan melakukan tindakan sama.
Sebelum ini, sebuah kumpulan diketuai Renel Destina atau Ti Lapli dan dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kerana menculik warganya dikatakan sering menyerang penduduk di daerah tersebut.
"Pegawai polis di kawasan itu sudah tidak mampu mempertahankan kami. Akibatnya penyamun mengambil alih rumah kami," kata Derisca.
Selain itu, penjenayah turut merompak dan membakar rumah di kawasan kejiranan dan menyebabkan beberapa kes kematian.
Kekacauan dapat dilihat di jalan raya sekitar Carrefour Feuliies pada Selasa dan menyaksikan penduduk membawa beg pakaian di atas kepala manakala yang lain menyusun tilam dan perabot atas kereta mereka.
Dalam satu kenyataan, polis berikrar untuk menentang kumpulan itu, tetapi itu tidak memberi jaminan kepada penduduk tempatan yang terus melarikan diri dari daerah itu. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!