Penjawat awam ditahan kes tuntutan palsu RM200,000
SEREMBAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan selepas disyaki menggunakan jawatan untuk mendapatkan wang tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.
Menurut sumber, suspek seorang wanita berusia 30-an ditahan kira-kira jam 1 petang Rabu ketika hadir di pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk memberi keterangan.
"Suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2020 hingga 2023 dalam mengadili kes tuntutan palsu sebagai suapan bagi dirinya sendiri," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan permohonan reman pada pagi esok," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!