Soalan dari seorang penoreh getah
BERPELUH di bawah matahari yang membakar di Kuala Kangsar, dikejar oleh gerombolan nyamuk (satu tamparan boleh membunuh sehingga 5 ekor)-- Ah Seng yang berusia 57 tahun menunjuk ajar Pasukan Ceritalah bagaimana cara menoreh getah.
"Ia mesti satu gerakan kemas, jika torehan itu bergerigi, susu getah tidak akan mengalir."
Beliau menceritakan pada kami bagaimana beliau mula belajar cara menoreh getah ketika berusia tujuh tahun. Ibu bapanya juga penoreh getah.
Apabila Ah Seng sudah berpuas hati dengan teknik menoreh kami, kami mengambil keputusan keluar dari kebun getahnya yang seluas 2.73 hekatr (tidak perlu sebut tentang nyamuk) dan duduk di warung untuk bercakap mengenai keadaan sekarang.
"Kami malah tidak mampu untuk makan sampai kenyang."
Pendapatan Ah Seng merosot dengan banyaknya apabila harga susu getah berada sekitar RM2.40/kg.
Pada 2008, harga susu getah lebih RM7. Sekarang beliau memperoleh pada purata -- kira-kira RM1,600 sebulan. Apabila keadaan baik, pendapatannya boleh mencecah RM2,000.
Tahun lalu, harga jatuh ke paras bawah RM2 dan Ah Seng tidak yakin ia akan pulih tahun ini.
"Kita hanya boleh berharap. Kita tidak boleh kawal cuaca."
'"Dalam sebulan, kami hanya ada 10-11 hari torehan kerana hujan."
"Dengan harga sekitar RM2, sepasang orang tua seperti saya dan isteri hanya dapat cukup-cukup hidup. Bagaimana pula keluarga yang mempunyai anak-anak kecil?"
Ah Seng dan isterinya mempunyai 5 anak -- semua bekerja di luar negeri.
Apabila ditanya kalau-kalau mereka menimbang untuk kembali ke Malaysia, Ah Seng ketawa.
"Saya tidak cukup berani untuk tanya mereka supaya berbuat demikian. Ia adalah seperti negara ini tiada harapan. Ditambah pula dengan perasaan tiada harapan akibat kenaikan kos sara hidup.
"Apakah yang tidak meningkat? Harga hanya boleh naik, tidak turun -- seperti umur kita."
"Tetapi kelihatannya seolah-olah SST lebih buruk daripada GST."
Satu warung ketawa. Pun begitu, adalah jelas bahawa di sebalik wajah riang, kekecewaan sedang meningkat.
Menoreh getah bukannya murah pada masa ini. Sekampit baja urea kini berharga RM85 dan 200 liter racun perosak berharga RM220: satu kenaikan harga 10 peratus dari tahun lalu untuk kedua-duanya.
Beliau juga menggaji pekerja asing yang menjaga ladangnya kerana usia tuanya, membayar sejumlah RM240 seorang setiap tiga bulan.
"Siapa lagi yang boleh saya ambil bekerja? Orang tempatan hendak bekerja di pejabat, mereka yang mahu bekerja di ladang adalah orang tua seperti saya."
Subsidi juga telah merosot tahun ini.
Sebelum ini Ah Seng boleh dapat 18 kampit baja dan RM600 elaun setiap tahun. Kini, permohonannya banyak kali ditolak kerana beliau 'tidak layak' atau ' tidak memberi maklumat yang cukup.'"
Ini akan menaikkan bukan saja pendapatannya tetapi juga semangatnya.
"Apabila harga adalah RM2, saya tidak akan mahu pergi bekerja. Lebih baik saya baring atas katil."
"Dengan harga rendah, malah ketika kamu makan kamu tidak akan kenyang. Setiap hari, kamu jadi letih tanpa sebarang hasil. Jiwa kamu terganggu."
Beliau berhujah, bila semua perkara sudah disebut dan dilakukan, tidak ada siapa peduli siapa yang berkuasa atau apa ideologi yang mereka pegang, Selagi ekonomi dan rakyat dijaga, itu saja yang diambil kisah.
Sekarang, giliran Ah Seng pula menyoal kami: "Bagaimana keadaan kini menjadi begitu buruk?".
Senyap.
Dalam siri ini --- Malaysia Kini dan Dulu -- Karim dan Pasukan Ceritalah bertemu semula orang Malaysia biasa yang mereka telah jumpa sebelum 9 Mei 2018 yang bersejarah untuk melihat perkara-perkara yang telah berubah sejak dua belas bulan lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!