Gempa bumi 6.3 magnitud landa selatan Jepun

 Gempa bumi berkekuatan 6.3 landa selatan Jepun hari ini. - Foto USGS
Gempa bumi berkekuatan 6.3 landa selatan Jepun hari ini. - Foto USGS
A
A
A

TOKYO - Gempa bumi berkekuatan 6.3 magnitud dilaporkan melanda selatan Jepun hari ini.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa berlaku pada kira-kira jam 8.48 pagi (waktu tempatan) di pesisir pantai Miyazaki pada kedalaman 20 kilometer. Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kematian atau kerosakan harta benda diterima.

Sementara itu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, terdapat gempa susulan berkekuatan 5.1 magnitud pada jam 9.07 pagi (waktu tempatan) di kawasan sama. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!