Pecut kereta, pemandu langgar lampu isyarat panik diarah berhenti

Tangkap layar kejadian sebuah kereta peronda polis mengejar Toyota Vios di Batu 7, Sijangkang pada Selasa. Gambar kecil: Ahmad Ridhwan
Tangkap layar kejadian sebuah kereta peronda polis mengejar Toyota Vios di Batu 7, Sijangkang pada Selasa. Gambar kecil: Ahmad Ridhwan
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang pemandu Toyota Vios yang melanggar isyarat lampu merah bertindak memecut keretanya gara-gara panik selepas diminta berhenti oleh kereta peronda polis (MPV) di Batu 7 Sijangkang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, semasa kejadian, anggota MPV yang sedang bertugas melihat Toyota Vios terbabit melanggar isyarat lampu merah.

"Anggota MPV telah mengarahkan supaya kereta itu berhenti, namun pemandu yang dipercayai panik itu terus memecut sebelum dikejar sejauh kira-kira satu kilometer hingga ke kawasan Taman Perumahan Sijangkang Jaya.

"Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun itu berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati terdapat penumpang iaitu seorang wanita yang juga isteri serta tiga anak mereka," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pemeriksaan kereta itu tidak menemui apa-apa barang salah.

Katanya, anggota MPV itu telah mengeluarkan satu saman POL 257 kepada pemandu terbabit kerana tidak patuh lampu isyarat merah yang mana kesalahan ini boleh dikenakan kompaun RM300.

Sebelum itu, rakaman kejadian anggota MPV itu mengejar kereta terbabit telah tular di media sosial TikTok pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!