10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina
SHAH ALAM - Seramai 10 individu dipercayai maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Seksyen U16 di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian jam 2.40 petang itu, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas.
"Pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang, namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat
"Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal, masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.
Hussein berkata, pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.
Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.
"Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam
Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM
10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina
'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'
Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung
Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!