Wanita dituduh tipu berkaitan upacara halau hantu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Seorang wanita warganegara China dituduh di Mahkamah Majistret hari ini kerana menipu seorang wanita untuk menyerahkan wang tunai RM180,000 dan pelbagai barangan kemas bagi upacara menghalau hantu di kediaman mangsa berusia 55 tahun itu.

Li Yufen, berusia 34 tahun, dituduh melakukan kesalahan berkenaan di tempat letak kereta MJC Batu Kawa di sini pada 11 April lepas.

Tertuduh ditangkap pada 21 April lepas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Miri di Bandaraya Miri.

Li, yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah dengan pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan mengarahkannya ditahan reman di Penjara Puncak Borneo.

Passport antarabangsa tertuduh turut diserahkan kepada Mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan Pre Trial Case Management (PTCM) pada 11 Jun ini.

Pegawai Pendakwa Insp. Muzaffar Syah Bin mewakili pihak pendakwaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!