Rara sedih kehilangan Allahyarham Johari
BENTONG - "Saya baharu saja jumpa Allahyarham dua hari lepas", kata Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang turut bersedih dengan kehilangan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuh Raya Guthrie dekat perumahan Elmina, Shah Alam, Selangor, petang Khamis.
Beliau yang juga mesra dengan panggilan Rara itu berkongsi kesedihan tersebut dalam hantaran Facebook miliknya pada Khamis.
"Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham Yang Berhormat Datuk Seri Johari Harun, Exco Pahang yang juga ADUN Pelangai.
"Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham Datuk Seri Johari berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan di rencanakan kelak..Al-Fatihah," jelas hantaran tersebut.
Allahyarham Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian tersebut.
Ketika kejadian, Allahyarham dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam
Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM
10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina
'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'
Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung
Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor
Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina
Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina
Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!