Pesawat melencong ke kanan dari laluan pendaratan - Anthony
SUBANG - [DIKEMAS KINI] Pesawat yang terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa dikenal pasti melencong daripada laluan asal pendaratan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, maklumat tersebut adalah berdasarkan pemerhatian awal setakat ini.
Bagaimanpun menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan misi pencarian kotak hitam pesawat sedang giat dijalankan.
"Berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan daripada laluan pendaratan
"Pesawat telah menerima kebenaran untuk mendarat namun tiga minit selepas itu menara kawalan (Lapangan Terbang Subang), melihat kepulan asap dari lokasi nahas," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Beliau menambah, bahagian siasatan penerbangan sedang diaktifkan di kawasan nahas, justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan semua korban nahas dalam keadaan tidak sempurna.
Sekurang-kurangnya 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.
Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan atau 'Mayday'.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang dan mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun terhempas dua minit sebelum mendarat.
ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam
Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM
10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina
'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'
Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung
Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor
Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina
Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina
Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari
Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis
Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah
Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!