Nahas Elmina: Tukang cuci sangka letupan tong gas

Kavitha, 49, antara saksi yang mendengar dentuman nahas pesawat ringan terhempas di Elmina Central Park, Shah Alam pada Khamis.
Kavitha, 49, antara saksi yang mendengar dentuman nahas pesawat ringan terhempas di Elmina Central Park, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang tukang cuci yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan lokasi nahas pesawat ringan terhempas di Elmina Central Park di sini, mengakui mendengar dentuman kuat di luar rumahnya.

A Kavitha, 49, berkata, dia mendengar dentuman berkenaan sekitar jam 2.48 petang.

"Saya sedang berada di bahagian dapur rumah, kemudian terdengar dentuman dari luar rumah.

"Dalam fikiran saya, mungkin letupan daripada tong gas, tetapi baru saya sedar ia merupakan pesawat ringan yang terhempas selepas buka media sosial," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan seramai 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas pada jam 2.40 petang itu.

Beliau berkata, setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an dengan lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat sementara dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

"Pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang, namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

"Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal," ujarnya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.

Setakat jam 8.20 malam, orang awam masih mengerumuni sekitar kawasan nahas pesawat dan memerhati dari jauh proses siasatan serta pembersihan yang dilakukan pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah

Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!