Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Dr Zaliha menenangkan ibu kepada juruterbang Mahanum Ismail, 67 yang kelihatan sugul ketika sedang menunggu jenazah anaknya Shahrul Kamal Roslan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sekitar jam 8 malam ini. - Foto Bernama
Dr Zaliha menenangkan ibu kepada juruterbang Mahanum Ismail, 67 yang kelihatan sugul ketika sedang menunggu jenazah anaknya Shahrul Kamal Roslan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sekitar jam 8 malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Ada mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, petang Khamis, masih boleh dikenal pasti identitinya, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata, berdasarkan laporan awal daripada pasukan Kementerian Kesihatan di lapangan, pasukan itu memerlukan masa untuk proses pengecaman awal bagi beberapa mayat berikutan keadaannya yang tidak sempurna berikutan impak daripada nahas itu.

"Laporan kita terima di lapangan, ada jasad atau jenazah yang boleh dicam dan dalam keadaan tidak terjejas ...ada yang perlukan masa...kita dengar ada cebisan (mayat) tetapi tidak pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa bersama keluarga mangsa nahas pesawat berkenaan di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, Khamis malam.

Dr Zaliha berkata, seramai 20 hingga 30 petugas Kementerian Kesihatan (KKM) ditugaskan di Jabatan Forensik HTAR bagi proses bedah siasat serta pengecaman mayat.

Ditanya berhubung berapa lama jangkaan proses pengecaman akan mengambil masa, Dr Zaliha berkata, ia bergantung kepada keadaan mayat yang akan diterima pasukan forensik.

"Perkara pertama yang dilakukan apabila mayat sampai adalah proses pengecaman awal diikuti bedah siasat dan setelah selesai, barulah mayat diserahkan kepada ahli keluarga.

Kita tidak pasti berapa lama masa akan diambil, namun kita akan cuba selesaikannya secepat mungkin supaya keluarga dapat membawa mayat mangsa untuk pengurusan pengebumian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, beliau berkata KKM akan menyediakan bantuan daripada Jabatan Psikiatri KKM untuk memberi sokongan moral serta bantuan psikososial kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara yang berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, kira-kira 2.50 petang tadi.

Katanya, turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.

Bagaimanapun, Amthony berkata, identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis.

10 pegawai forensik terlibat bedah siasat mangsa

KLANG - Sepuluh pegawai forensik terlibat dalam bedah siasat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alan, di sini petang Khamis.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, empat daripada pegawai forensik yang terlibat adalah kakitangan hospital berkenaan, manakala bakinya dari hospital berhampiran.

"Ia melibatkan pakar forensik, pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Sementara itu, pemerhatian Bernama di Jabatan Forensik HTAR mendapati pengamal media mula berkumpul di perkarangan jabatan berkenaan sejak 6 petang tadi.

Para petugas dan pengawal keselamatan hospital juga dilihat melakukan persiapan awal bagi bedah siasat mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Beberapa khemah kecil turut didirikan di kawasan tempat letak kereta jabatan tersebut dan sekitar 7 malam tadi sebuah pacuan empat roda membawa empat anggota polis tiba bagi tujuan keselamatan.

Terdahulu, polis mengesahkan 10 orang termasuk dua krew penerbangan dan enam penumpang terkorban dalam nahas pesawat tersebut.

Antara yang terkorban Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Dua daripada mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.

Nahas Elmina: Ujian DNA untuk waris mangsa di IPD Klang Selatan malam ini

SHAH ALAM - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk waris mangsa bagi mengenal pasti 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, di sini hari ini dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan mulai Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, beberapa individu waris mangsa nahas pesawat itu, telah hadir di IPD Klang Selatan untuk proses DNA.

"Sudah dibuka (untuk ujian DNA) dan ada waris yang telah sampai dan kita akan menunggu mereka yang lain juga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam kejadian itu. Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada pukul 2.48 petang. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah

Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!