Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (kiri) semasa sidang media berkaitan nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam pada Khamis. - Foto Bernama
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (kiri) semasa sidang media berkaitan nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Mayat seorang penunggang motosikal ditemui dalam keadaan sempurna, susulan nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Elmina, Seksyen U16, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, manakala lima mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

"Kita juga sudah mengenal pasti seorang pemandu kereta yang disyaki bekerja sebagai pemandu e-hailing dan sedang berusaha menghubungi ahli keluarganya," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Khamis.

Katanya, keutamaan sekarang adalah untuk mencari sebahagian lagi mayat mangsa yang tidak sempurna.

"Pencarian kotak hitam itu dan serpihan pesawat udara dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara," katanya.

Razarudin berkata, bedah siasat mayat mangsa akan dilaksanakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

"Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan akan dijadikan pusat untuk mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris mangsa," katanya.

Razarudin berkata, seramai 240 anggota dan pegawai agensi yang terlibat dalam operasi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Polis Diraja Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis bersama agensi lain telah tiba di lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada jam 2.55 petang," katanya.

Pada Khamis media melaporkan seramai 10 individu dipercayai maut dalam insiden pesawat ringan terhempas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian jam 2.40 petang itu, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas.

Pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang, namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari

Nahas pesawat: Mangsa bukan anak Jamaluddin Jarjis

Pesawat terhempas: Amirudin ucap takziah

Persimpangan Elmina ditutup susulan pesawat terhempas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!