Nahas Elmina: Remy Ishak sempat jumpa juruterbang Selasa lalu
INSIDEN pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis merupakan tragedi menyayat hati rakyat Malaysia.
Aktor Remy Ishak turut berkongsi kesedihan pemergian Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, iaitu juruterbang pesawat yang terhempas di Bandar Elmina pada Khamis.
Berkongsi di Instagram, kata Remy, 41, dia antara individu yang sempat bertemu dengan juruterbang pesawat terbabit, Kapten Shahrul Kamal, kali terakhir pada dua hari lalu.
"Takziah buat Shefa sekeluarga atas pemergian Kapten Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yang berlaku di Elmina semalam.
"Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah (Kapten Shahrul Kamal) dan isterinya, Shefa at Mozers Shah Alam.
"Hari ni buka WhatsApp dapat berita sedih ini. I'm so sorry to hear this Shefa. Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang yang beriman," kata Remy memanjat doa.
Remy turut berkongsi foto-foto yang sempat dirakamkan bersama arwah ketika pertemuan mereka baru-baru ini.
Allahyarham Shahrul, 42, bersama sembilan lagi individu termasuk seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal maut selepas pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.
Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!