Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Operasi hari kedua diteruskan bermula jam 8 pagi pada Jumaat dengan misi untuk mencari komponen kotak hitam dan mengesan sisa mayat yang mungkin masih tertinggal di lokasi kejadian.
Operasi hari kedua diteruskan bermula jam 8 pagi pada Jumaat dengan misi untuk mencari komponen kotak hitam dan mengesan sisa mayat yang mungkin masih tertinggal di lokasi kejadian.
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi penyiasatan hari kedua diteruskan bermula jam 8 pagi pada Jumaat dengan misi untuk mencari komponen kotak hitam dan mengesan sisa mayat yang mungkin masih tertinggal di lokasi pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Seksyen U16 di sini pada Khamis.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika sidang akhbar pada Khamis apabila pasukan penyiasat sudah menemui rakaman suara kokpit (CVR) yang merupakan salah satu daripada komponen kotak hitam pesawat berkenaan jam 10.20 malam.

Menurut beliau, kotak hitam pesawat terbahagi kepada dua iaitu Cockpit Voice Recorders (CVR) and Flight Data Recorders (FDR).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 240 anggota dan pegawai agensi yang terlibat dalam operasi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Polis Diraja Malaysia.

Menurut Razarudin, pencarian kotak hitam itu dan serpihan pesawat udara dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara.

Difahamkan satu sidang media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di lokasi nahas pesawat terhempas akan berlangsung sebentar lagi.

Kesemua 10 mayat mangsa korban tragedi pesawat terhempas berhampiran kawasan perumahan di Elmina, di sini telah ditemui dan operasi mencari selesai jam 10.30 malam tadi.

Kesemua anggota badan serta lima bungkusan cebisan mayat dihantar ke Hospital Ampuan Rahiman (HTAR), Klang.

Artikel Berkaitan:

Hussein berkata, polis akan sambung pencarian kali kedua sekiranya ada (baki sisa mayat) yang tertinggal.

Seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu. Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan atau 'Mayday'.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang dan mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun terhempas dua minit sebelum mendarat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor berkata, berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan daripada laluan pendaratan.

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!