Waris 10 mangsa pesawat terhempas sudah serah sampel DNA
KLANG - [DIKEMAS KINI] Waris semua mangsa telah selesai memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mereka bagi tujuan mengenal pasti 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, waris yang terakhir tiba dari Sungai Petani, Kedah pada kira-kira jam 5 pagi tadi.
"Kesemua waris telah diambil sampel DNA mereka bagi mengenal pasti mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat semalam," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam kejadian itu.
Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.48 petang. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen
Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan
Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!