'Arwah pernah kongsikan nombor telefon isteri untuk kecemasan'

Syed Tahir
Syed Tahir
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Juruterbang pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, pernah berkongsikan nombor telefon isterinya untuk dihubungi kepada rakannya, Kapten Halim pada minggu lepas sekiranya berlakunya kecemasan.

Abang ipar kepada Shahrul Kamal, Syed Tahir Syed Mohammad, 39, berkata, pada awalnya Halim juga agak kehairanan dan terkejut kerana sebelum ini Allahyarham tidak pernah bertindak sedemikian.

"Mulanya Halim pun terkejut kenapa (Shahrul Kamal) berikan nombor telefon isterinya pada dia, mungkin dia (arwah) dapat rasakan cuma tidak beritahu.

"Alhamdulillah semalam (Khamis) bila dapat tahu (kejadian tersebut), Halim adalah orang pertama yang telefon dan beritahu bahawa pesawat terhempas," katanya kepada petugas media di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Jumaat.

Pada Khamis, sebuah pesawat dilaporkan terhempas dalam kejadian di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini.

Difahamkan, pesawat itu berlepas dari Langkawi menuju ke Subang.

Polis terdahulu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas kira-kira jam 2.40 petang Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, ujar Syed Tahir, urusan jenazah Allahyarham dijangka akan dilakukan selepas jam 2 petang, hari ini.

"Kami akan uruskan mandian dan solat jenazah di sini, sebelum dibawa ke rumah ibu bapa arwah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

"Semuanya akan diuruskan pada hari ini, insya-ALLAH. Kumpulan kami semua sudah sedia," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!