Nahas Elmina: Shaharul Amir kongsi gambar 'selfie' kepada keluarga
LUMUT - Salah seorang penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis, sempat berkongsi perasaan gembira menaiki pesawat dengan menghantar gambar swafoto kepada ahli keluarganya.
Allahyarham Shaharul Amir Omar, 49, yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkongsi beberapa keping gambar dan video dalam pesawat itu menerusi kumpulan WhatsApp sebelum berlepas ke Pulau Langkawi, Kedah, Rabu lalu.
Menurut adiknya, Nor Syahirah, 29, berkata, abang sulungnya itu jarang berkongsi gambar dalam pesawat kerana sudah biasa bekerja di awan biru sebagai juruterbang sebelum ini.
"Abang gembira dapat menaiki pesawat itu buat pertama kali kerana sewanya mahal. Dia kongsi lima hingga enam keping gambar swafoto di hadapan dan dalam pesawat itu.
"Sebelum ini dia tidak suka swafoto tetapi kali ini lain, dari wajahnya kita nampak dia teruja sangat. Dia beritahu kami yang boss (Datuk Seri Johari Harun) belanja, bukan selalu naik," katanya ketika ditemui pemberita di Desa Manjung Raya, Seri Manjung di sini pada Jumaat.
Menurut Syahirah, walaupun terkejut dengan kejadian itu, ibu mereka, Che Ana Abdullah, 67, reda dengan pemergian Shaharul Amir.
"Pagi semalam emak tinggal sendirian di Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, Kedah ada mesej suara tanya waktu berlepas dan abang sempat beritahu untuk bertolak jam 2 petang.
"Lepas emak tengok berita, hati emak sudah terdetik dan dia terus hubungi abang tapi panggilannya tidak berjawab. Emak terus cakap kat kami yang anak sulungnya sudah tiada," katanya.
Tambah suri rumah itu, mereka sekeluarga juga tidak sanggup melihat rakaman video kejadian yang tular di media sosial.
"Emak mahu lihat tetapi kami tidak benarkan. Kami tidak sampai hati lihat dia bersedih dengan kejadian ini.
"Kami lihat pesawat meletup itu pun jadi tergamam, tidak sanggup lihat sampai habis. Rasa tidak tergamaklah kerana ia melibatkan abang sendiri," katanya.
Nor Syahirah berkata, Shaharul Amir disifatkan sebagai abang yang bertanggungjawab dalam menjaga keluarga selepas ayah mereka meninggal dunia akibat kanser hati pada 2010.
"Emak, kakak dan isteri abang, Suhaila Akasah, 47, berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pagi ini untuk taklimat waris.
"Kami di sini bersiap sedia dengan segala kemungkinan sama ada dikebumikan satu liang lahad di sana atau mungkin dibenarkan bawa pulang," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen
Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan
Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!