Simpanan haji lebur akibat 'phone scam'

Simpanan haji milik seorang wanita warga emas lebur selepas terpedaya dengan sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai polis. Foto hiasan (Gambar kecil:Ahmad Adnan)
Simpanan haji milik seorang wanita warga emas lebur selepas terpedaya dengan sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai polis. Foto hiasan (Gambar kecil:Ahmad Adnan)
A
A
A

TELUK INTAN - Simpanan haji berjumlah RM20,000 milik seorang wanita warga emas lebur selepas terpedaya dengan sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai polis.

Lebih malang, apabila mangsa berusia 64 tahun dari Teluk Intan itu turut kerugian RM78,000 selepas memindahkan semua wang simpanan termasuk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ke akaun sindiket berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menerima satu panggilan daripada seorang lelaki pada 1 Ogos lepas.

Menurutnya, suspek yang memperkenalkan diri sebagai Asisten Superintenden Firdaus memaklumkan mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.5 juta.

"Mangsa terlalu panik apabila dimaklumkan akan ditangkap polis dan semua wang dalam akaunnya dibekukan menyebabkan dia nengikut sahaja arahan diberikan sindiket berkenaan.

"Mangsa kemudiannya telah diarahkan memindahkan keseluruhan wang daripada sumber simpanan Tabung Haji dan ASNB milik mangsa berjumlah keseluruhan RM98,000 kepada akaun sindiket kononnya bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa telah dihubungi sekali lagi oleh suspek pada 13 Ogos lepas yang memintanya membuat bayaran RM15,000 untuk proses mendapatkan kembali wang sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, mangsa yang telah kehabisan wang simpanan gagal berbuat demikian sebelum tampil membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Semakan polis mendapati, kejadian ini adalah kali kedua berlaku kepada mangsa apabila tiga tahun lalu mangsa turut kerugian RM30,000 dengan modus operandi sama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!