PRK Pulai, Simpang Jeram: Lapan borang pencalonan sudah dibeli

Nor Nekman bersama petugas media selepas Program Taklimat SPR Bersama Petugas Media di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (Jotic), di Johor Bahru pada Jumaat.
Nor Nekman bersama petugas media selepas Program Taklimat SPR Bersama Petugas Media di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (Jotic), di Johor Bahru pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak lapan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sudah dibeli setakat Jumaat.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Nor Nekman Jaimon berkata, dua daripada borang tersebut melibatkan PRK Parlimen Pulai di sini manakala enam lagi melibatkan DUN Simpang Jeram, di Muar.

"Seorang calon bagi PRK DUN Simpang Jeram juga telah membuat pembayaran deposit.

"Berdasarkan semakan dibuat pada 23 Julai lalu, Parlimen Pulai akan menyaksikan seramai 166,653 individu layak mengundi, manakala di DUN Simpang Jeram pula melibatkan seramai 40,379 pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat SPR Bersama Petugas Media di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (Jotic), di sini pada Jumaat.

Nor Nekman berkata, bagi Parlimen Pulai, terdapat 49 pusat mengundi dengan dua daripadanya melibatkan pengundi awal, manakala di DUN Simpang Jeram pula terdapat sebanyak 14 pusat mengundi dan tiada pengundi awal.

Katanya, persiapan SPR bagi kedua-dua PRK itu pada tahap 80 peratus dan akan bersedia sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.

Menurutnya, pelaksanaan PRK Parlimen Pulai akan melibatkan 2,674 petugas, manakala PRK DUN Simpang Jeram pula melibatkan 674 petugas.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, SPR menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.

PRK tersebut diadakan ekoran kekosongan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!