Banglo proses erimin 5 RM30. 6 juta tumpas

Mohd Kamarudin (dua dari kanan) bersama Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan dadah jenis erimin 5 yang dirampas dalam serbuan di Chemor, Ipoh.
Mohd Kamarudin (dua dari kanan) bersama Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan dadah jenis erimin 5 yang dirampas dalam serbuan di Chemor, Ipoh.
A
A
A

IPOH - Sindiket memproses dadah jenis erimin 5 yang berselindung di sebuah banglo dua tingkat di Klebang, Chemor dekat sini sejak Mac lalu akhirnya tumpas selepas diserbu polis pada Selasa lalu.

Kediaman yang disewa sindiket itu umpama sebuah kilang apabila dilengkapi dengan mesin pengadun dan membungkus dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, kewujudan makmal haram itu berjaya dihidu JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang bertindak menyerbu premis berkenaan sekitar jam 9.30 pagi.

Mohd Kamarudin (kanan) bersama Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menunjukkan mesin membungkus dadah jenis erimin 5 di Ipoh.
Mohd Kamarudin (kanan) bersama Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menunjukkan mesin membungkus dadah jenis erimin 5 di Ipoh.

Menurutnya, hasil serbuan berjaya merampas kesemua dadah bernilai RM30.6 juta dan menahan dua lelaki berusia 44 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti itu.

"JSJN merampas 413.9 kilogram (kg) pil erimin 5 dan 25.3 kg serbuk erimin 5. Sindiket ini memproses dan membungkus dadah untuk diedarkan bagi pasaran tempatan serta luar negeri Perak.

"Siasatan awal mendapati suspek yang tidak bekerja itu dipercayai mendapat pengetahuan memproses dadah menerusi media sosial dan kenalannya," katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Kamarudin berkata, dua senjata api tiruan dipercayai digunakan suspek untuk keselamatan diri turut dirampas dalam serbuan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Mohd Kamarudin dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) menunjukkan dua senjata api tiruan yang dirampas daripada suspek.
Mohd Kamarudin dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (kanan) menunjukkan dua senjata api tiruan yang dirampas daripada suspek.

"Tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 telah menyita sebuah kereta jenis Toyota Altis, motosikal jenis Honda EX5, dua cincin dan wang tunai dianggarkan bernilai RM34,186.90.

"Jumlah dadah yang dirampas ini pula boleh digunakan seramai 2.2 juta penagih dadah. Kita sedang menjalankan siasatan bagi mengesan ahli sindiket yang turut terlibat," katanya.

Beliau berkata, saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan suspek kini direman selama enam hari bermula Rabu manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!