Ancaman bom dalam penerbangan India, penumpang diarah pindah
![Pihak berkuasa lapangan terbang di New Delhi, pada Jumaat mengarahkan pemindahan penumpang dari penerbangan ke Pune selepas menerima panggilan ancaman bom. - Gambar hiasan 123rf](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/08/18/2312175.jpg)
NEW DELHI - Pihak berkuasa lapangan terbang di New Delhi, pada Jumaat mengarahkan pemindahan penumpang dari penerbangan ke Pune selepas menerima panggilan ancaman bom, lapor Xinhua.
Panggilan terbabit diterima melalui pusat panggilan lapangan terbang ketika proses pemeriksaan penerbangan Vistara dari Delhi ke Pune sedang dijalankan.
Ancaman bom itu dilaporkan telah menyebabkan gangguan sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi.
Sejurus selepas panggilan, para penumpang telah dipindahkan dan pesawat berkenaan menjalani pemeriksaan secara teliti oleh pasukan anti-sabotaj.
Bagaimanapun, tiada apa-apa yang mencurigakan dijumpai dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!