Wataru Endo sah milik Liverpool

WATARU ENDO FOTO: FB LIVERPOOL
WATARU ENDO FOTO: FB LIVERPOOL
A
A
A

LIVERPOOL telah melengkapkan pembelian kapten Jepun, Wataru Endo dari VfB Stuttgart dengan harga £16 juta (RM94.49 juta).

Pemain berusia 30 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun dan menamatkan pencarian Liverpool untuk posisi pemain tengah bertahan.

The Reds gagal menandatangani pilihan utama iaitu Moises Caicedo dan Romeo Lavia yang telah menyertai Chelsea.

“Saya sangat gembira. Wataru adalah pemain yang sangat bagus. Saya tahu dalam dunia bola sepak ini bagaimana ia berlaku.

“Dia adalah pemain berpengalaman, kapten Stuttgart, kapten Jepun, boleh bercakap bahasa Inggeris, jentera di atas padang dan pemain bola sepak yang baik.

“Jadi, saya sangat gembira kerana dia sangat berpengalaman dan bekerja keras,” kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Endo menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk oleh Liverpool pada musim panas selepas Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!