Hajat pulang melepas rindu ibu tidak kesampaian - Kakak pemandu Grab

Ramlah yang merupakan waris mangsa nahas pesawat yang terhempas Sharipuddin ketika ditemu ramah wartawan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang malam Jumaat. - Foto Bernama
Ramlah yang merupakan waris mangsa nahas pesawat yang terhempas Sharipuddin ketika ditemu ramah wartawan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang malam Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KLANG - "Nanti kak chik, saya balik...”. Itu ungkapan terakhir Sharipuddin Shaari, 53, yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, pada Khamis.

Kakak mangsa Ramlah Shaari, 56, ketika berkongsi detik terakhir bersama adiknya itu berkata, Sharipuddin sebelum ini, berhajat untuk pulang ke kampung halaman mereka di Arau, Perlis untuk menjenguk ibunya, Hatun Bakar, 81.

Kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air mata, Ramlah berkata, kali terakhir Sharipuddin yang bertugas sebagai pemandu e-hailing, menghubunginya pada dua minggu lepas.

"Dua minggu lepas saya ada hubungi dia dan beritahu mak rindukannya, tetapi dia menjawab tidak sempat balik dan kami jangka mereka akan pulang pada cuti sekolah akan datang ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam Jumaat.

Ramlah berkata, Sharipuddin yang merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik itu, memang rapat dengan ibunya kerana sebelum ini mereka tinggal serumah di Kampung Rani Estet, Arau, sebelum berpindah ke Sepang, Selangor.

Beliau berkata, adiknya yang merupakan pesara tentera itu tinggal di Sepang bersama isteri dan dua anaknya berusia 16 dan lapan tahun, serta bekerja sebagai pemandu e-hailing.

"Kami dapat berita mengenai kejadian ini lepas Maghrib semalam dan kami tidak beritahu ibu, kerana dia ada penyakit jantung.

"Kami sekeluarga bergerak dari Arau lepas subuh tadi dan apabila sampai di Klang kira-kira pukul 2 petang, baru kami beritahu ibu mengenai kejadian dan beliau amat sedih kerana sangat rindukan Sharipuddin,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ramlah berkata, adiknya seorang yang rajin dan sangat disenangi orang sekeliling serta gemar membantu orang yang memerlukan.

Beliau berkata, setakat ini, keluarga masih berbincang mengenai urusan pengkebumian Sharipuddin selepas urusan bedah siasat selesai.

Sementara itu, rakan mangsa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh (Perlis), Megat Hashirat Hassan, ketika ditemui di Jabatan Forensik HTAR berkata, Sharipuddin ada menghubunginya, tiga hari sebelum nahas tersebut menimpa pemandu e-hailing itu.

Megat Hashirat merupakan sahabat baik kepada Sharipuddin. - Foto Bernama
Megat Hashirat merupakan sahabat baik kepada Sharipuddin. - Foto Bernama

"Tiga hari sebelum kejadian dia ada hubungi saya dan bersembang panjang... dia antara rakan dan orang kuat saya, yang banyak membantu kempen ketika saya menjadi calon PRU lepas. Dia sahabat yang sangat baik... saya terkilan dan sedih bila dapat berita kematiannya... dia baru berpindah ke Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi dan Inovasi,Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Perpaduan Masyarakat dan Kesihatan Perlis berkata, kerajaan negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Sharipuddin, selain bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan keluarga mangsa.

Sementara itu sepupu Alllahyarham, Maznah Abdullah berkata, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham Sharipuddin, kira-kira lima bulan lepas sewaktu beliau pulang bagi sambutan Aidilfitri bersama keluarga, di Kampung Rani Estate, di sini.

Maznah, 68, berkata, arwah seorang yang rajin dan beliau mempunyai dua anak iatu Muhammad Sharul dan Nur Izzara Arissya, hasil perkongsian hidupnya bersama Suriana Muda, 43.

"Kami sekeluarga mendapat berita sedih ini kira-kira 8 malam pada hari kejadian (Khamis). Hati terus rasa sebak memandangkan arwah rapat dengan keluarga,” katanya kepada Bernama.

Dalam nahas pada 2.48 petang Khamis, sebuah pesawat peribadi yang membawa dua kru serta enam penumpang terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, selain turut mengorbankan dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan p-hailing. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!