Nahas Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'
KUANTAN - Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal mengakui hilang seorang sahabat karib selepas mengetahui Idris Abdol Talib antara yang terkorban dalam nahas pesawat Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam, petang Khamis.
Fadzli turut meluahkan rasa kesedihan amat berat untuk menerima kenyataan itu dan menyifatkan pemergian Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun sebagai kehilangan besar.
Menurutnya, Allahyarham yang lebih mesra di panggil Ustaz Deris juga rakan sejawat yang cukup memahami, sahabat paling rapat dan menjadi tempat untuk berkongsi pandangan serta luahan perasaan selama ini.
"Allahyarham adalah sahabat lama saya. Hubungan kami terus akrab apabila beliau turut bertugas di Wisma Sri Pahang, Kuantan, bagi membantu YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Johari.
"Seluruh warga di Pejabat Exco, tingkat 7, Wisma Sri Pahang mengetahui saya memang rapat dengan Ustaz Deris. Hampir setiap kali saya tiba di pejabat, saya akan meminta PA (Pembantu Peribadi) memanggil Ustaz Deris untuk berbincang dan bertukar pandangan dalam banyak perkara termasuklah hal-hal berkait pentadbiran dan politik. Hiba amat dirasakan, kerana ‘rutin’ tersebut tiada lagi," katanya yang memuat naik satu hantaran di Facebook milik, pada Jumaat malam.
Pada Khamis Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam kejadian itu.
Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah, Idris dan Johari, 53.
Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.48 petang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong turut kehilangan rakan sejawat iaitu Allahyarham Johari dan sangat menghormati pemimpin itu kerana sifat dedikasi yang cukup tinggi terhadap tugasnya sebagai Exco.
"Kehilangan ini amat dirasakan, kerana kuatnya pengaruh insan ini dalam kehidupan saya.
"Namun inilah realiti serta Qada dan Qadar ketentuan-Nya yang harus saya akui. Semoga beliau tenang di sana. Al Fatihah," tulis beliau lagi.
ARTIKEL BERKAITAN
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis
Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar
Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat
Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna
Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun
Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang
'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'
Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis
Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen
Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan
Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman
Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini
Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna
Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin
Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu
'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim
Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS
Tayamum antara kaedah urus jenazah tidak sempurna - Mufti
Nahas Elmina: Dugaan 54 hari berpantang
'Ayah, mak terduduk bila dapat tahu tentang abang' - Adik mangsa
Nahas Elmina: CVR mampu rakam bunyi kokpit selama dua jam
Allahyarham Johari suka bersedekah, mudah didekati - Penduduk Pelangai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!