Nahas Elmina: Proses bedah siasat semua mangsa selesai

Hussein Omar Khan - Foto Bernama
Hussein Omar Khan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Proses bedah siasat 10 mangsa terlibat dalam nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam telah selesai dijalankan pada malam Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sedang dijalankan.

"Setakat ini proses bedah siasat melibatkan kesemua mangsa yang dijalankan oleh 30 pegawai pasukan patologi telah selesai sepenuhnya malam tadi (Jumaat).

"Bagaimanapun urusan pemadanan DNA melibatkan 300 cebisan mayat masih dijalankan dan kini mencapai proses sekitar 30 peratus.

"Urusan pemadanan sedang giat dijalankan Jabatan Kimia dan Insya -ALLAH kita berharap agar semuanya dapat diselesaikan pada Isnin ini," katanya ketika sidang media di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Sabtu.

Katanya, urusan pengecaman jenazah turut dijalankan melibatkan rekod cap jari dan pergigian.

"Lapan cap jari mangsa telah dikenal pasti menerusi kaedah yang dijalankan itu, kita jangka terdapat satu jenazah dikenal pasti pada hari ini dan dijangka dapat diserahkan kepada waris esok (Ahad)," katanya.

Menurutnya, waris diminta bersabar dalam menunggu proses yang dijalankan ini kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

Artikel Berkaitan:

"Waris diminta bersabar kerana proses padanan DNA ini agak rumit dan apa yang penting kita mahu semua cebisan mayat ini dapat dilengkapkan dengan sempurna.

"Waris turut diharap dapat menerima seadanya keadaan jenazah yang diserahkan kepada mereka," katanya.

Pada Khamis, seramai 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat jenis jet peribadi itu.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

ARTIKEL BERKAITAN

Punca pesawat tiba-tiba terjunam

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!