Dua warga asing dipukul kerana hantar video lucah

Video yang memaparkan dua lelaki warga asing dipukul dengan cota.
Video yang memaparkan dua lelaki warga asing dipukul dengan cota.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan video tular yang memaparkan dua lelaki warga asing dipukul dengan cota bukan berpunca akibat isu pembayaran gaji, tetapi akibat tindakan kedua-dua lelaki berkenaan menghantar video lucah kepada seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati kejadian itu melibatkan dua warga asing berusia 31 dan 40 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta.

Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku pada 6 November tahun lalu sebelum kembali tular di media sosial, baru-baru ini.

"Mangsa dipercayai menghantar video lucah kepada seorang wanita tempatan menyebabkan dua lelaki warga asing berusia 26 dan 27 tahun yang juga rakan sekerja mangsa bertindak sendiri dengan memukul mangsa kerana perbuatan tidak senonoh itu.

"Bagaimanapun, mangsa yang dibuang kerja didapati tidak membuat laporan polis dan sudah pulang ke negara asal manakala dua suspek juga melarikan diri selepas menyedari kejadian tular," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kesan pada tubuh mangsa dipercayai dipukul dengan cota.
Kesan pada tubuh mangsa dipercayai dipukul dengan cota.

Terdahulu tular satu video berdurasi seminit 17 saat memaparkan dua warga asing ditampar dan dipukul dengan menggunakan kayu cota oleh dua individu lain yang memakai uniform pengawal keselamatan.

Dalam video itu, kedua-dua individu berkenaan dilihat hanya merayu supaya tidak dipukul.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Sohaimi berkata, pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat atau tular kejadian yang sudah lama berlaku.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!