Tukang urut wanita warga Thailand dicekup

No Image Caption
A
A
A

PORT DICKSON – Polis menahan dua wanita warga asing dalam serbuan berasingan di dua pusat urut di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Aidi Sham Mohammed berkata kedua-dua wanita warga negara Thailand itu dipercayai bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan tanpa memiliki dokumen yang sah.

“Bertindak atas maklumat pada jam lebih kurang 9 malam, pasukan kita telah menjalankan serbuan dan pemeriksaan di premis tersebut.

“Kita juga menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dan seorang wanita Thailand,” katanya.

Manakala bagi tangkapan kedua, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun dan seorang wanita Thailand.

Tambahnya, antara barang yang dirampas ada tuala, minyak urut, tisu, wang tunai RM350, dan dua pasport Thailand.

Katanya, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959 & Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, polis turut menahan seorang lelaki yang terlibat dengan kes samun setelah melakukan serbuan di sebuah rumah di Taman Kurnia, Bukit Pelandok.

Artikel Berkaitan:

“Suspek yang berusia 29 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kes samun di sebuah Kondo di Batu 9, Teluk Kemang pada 28 April lalu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!