Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Sahruddin yakin 'gelombang hijau' akan jadi 'gelombang rakyat'

19 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Sahruddin yakin 'gelombang hijau' akan jadi 'gelombang rakyat'

Berita Mojo 19 Ogos 2023

'Gelombang hijau' Perikatan Nasional (PN) yang diuar-uarkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) merupakan 'gelombang rakyat' yang menolak pemimpin kleptokrasi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ‘gelombang hijau’ tersebut digunakan untuk menakutkan golongan bukan Melayu khususnya pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini.

Bagaimanapun tegasnya, gelombang berkenaan akan menjadi gelombang rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

#BeritaMojo #SinarHarian