2 maut, 3 cedera dalam insiden tembakan di Filipina

Gambrar hiasan
Gambrar hiasan
A
A
A

MANILA - Dua orang terbunuh manakala tiga lagi cedera, termasuk dua pegawai polis apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika melalui sekatan polis di Manila, lapor Xinhua.

Polis memaklumkan insiden berlaku sebelum jam 10 malam waktu tempatan Jumaat ketika polis mengadakan sekatan jalan raya.

Semasa polis memeriksa motosikal terbabit, seorang daripada suspek didakwa mengeluarkan senjata api kaliber.45 lalu melepaskan tembakan ke arah pegawai polis.

Pemandu motosikal maut, manakala pembonceng dilaporkan cedera dalam insiden berbalas tembakan.

Dua anggota polis yang sedang bertugas juga cedera terkena tembakan di kepala. Kedua-dua mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

Satu peluru sesat mengenai kepala seorang wanita yang berada berhampiran kawasan itu.

Wanita terbabit disahkan meninggal dunia di hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!