Pegawai, anggota penguat kuasa ditahan terima sogokan RM4,000

Dua Pegawai dan anggota penguat kuasa ditahan SPRM Labuan selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM4,000. - Gambar hiasan
Dua Pegawai dan anggota penguat kuasa ditahan SPRM Labuan selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM4,000. - Gambar hiasan
A
A
A

LABUAN - Dua Pegawai dan anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan selepas disyaki menerima rasuah kira-kira RM4,000.

Menurut sumber, kedua-duanya mengambil wang rasuah itu sebagai sogokan untuk tidak mengambil tindakan terhadap suspek kesalahan narkotik.

Kedua-duanya ditahan di Pejabat SPRM Labuan ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 3 petang, Sabtu.

Suspek yang bertugas di cawangan narkotik itu dipercayai menerima wang sogokan berjumlah RM3,000 menerusi mesin wang deposit manakala selebihnya menerusi beberapa transaksi pindahan perbankan dalam talian.

Transaksi itu dipercayai dilakukan antara September 2022 sehingga Mac 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Kedua-dua suspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan esok (Ahad) bagi tujuan permohonan reman," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!